Pembiayaan untuk Pembekal ePerolehan

Maax Factor Sdn. Bhd., dengan kerjasama Qiblatin Synergy Sdn. Bhd. menyediakan Perkhidmatan Pemfaktoran kepada Pembekal-pembekal e-Perolehan yang telah berjaya mendapatkan kontrak melalui Portal ePerolehan Kementerian Kewangan Malaysia.

Kolaborasi Bersama:

Qiblatin Synergy Sdn. Bhd.

Qiblatin Synergy adalah sebuah syarikat Bumiputera yang telah ditubuhkan pada 28hb September 1993. Sehingga kini, Qiblatin Synergy telah berdaftar secara rasmi di bawah Bank Negara Malaysia dan disenaraikan dalam sistem ePerolehan Kementerian Kewangan Malaysia untuk menjalankan perniagaan Pemfaktoran.

Pemfaktoran untuk Kontrak

ePerolehan:

Bagaimana ia berfungsi
  1. Anda perlu berdaftar sebagai Pembekal ePerolehan MOF & diberi kontrak menerusi sistem ePerolehan KKM
  2. Anda menjual produk atau perkhidmatan kepada Agensi Kerajaan seperti dalam kontrak
  3. Anda memohon kemudahan pemfaktoran dari Maax Factor
  4. Setelah proses penerimaan surat tawaran, dokumentasi perundangan selesai, Maax Factor akan membiayai invois tersebut dan membuat pembayaran dalam tempoh 3 hari bekerja ke dalam akaun bank anda
  5. Kerajaan akan membuat bayaran penuh pada tarikh matang ke akaun bank Maax Factor

Kelayakan

Mempunyai syarikat perniagaan yang berdaftar di SSM dengan pemegang saham majoriti yang terdiri daripada rakyat Malaysia.

Hendaklah beroperasi sekurang-kurangnya selama satu (1) tahun.

Pemohom dengan tunggakan kecil dalam CTOS / CCRIS akan dipertimbangkan bergantung kepada kes tersebut

Pemohon mestilah Pembekal (Vendor) berdaftar di sistem ePerolehan Kementerian Kewangan Malaysia.

Mempunyai kontrak, pesanan atau surat tawaran projek melalui sistem ePerolehan Kementerian Kewangan Malaysia.