Soalan Lazim

  • Maklumat Am
  • Permohonan Kemudahan
  • Pengeluaran Dana
  • Pembekal-pembekal ePerolehan

Maklumat Am

Apa itu Pemfaktoran?

Pembiayaan Invois membantu modal pusingan sesuatu syarikat melalui penjualan invois kepada kami. MAAX kemudiannya akan mengutip bayaran terus daripada pembeli / pemberi kontrak apabila invois telah matang.

Apa itu Pemfaktoran (Pra-Jualan)?

Kami membantu membuat pembayaran secara langsung kepada pembekal – pembekal anda untuk menyegerakan pembekalan barang dan bahan kepada pembeli / pemberi kontrak.

Berapakah margin pembiayaan untuk perkhidmatan ini?

Margin pembiayaan adalah sehingga 80%

Bagaimana jika saya mempunyai tunggakan kecil dalam CTOS / CCRIS?

Pemohon dengan tunggakan kecil dalam CTOS / CCRIS akan dipertimbangkan bergantung kepada kes tersebut.

Adakan kemudahan ini patuh Syariah?

Ya, kami telah memperolehi Pengumuman Patuh Shariah bagi Kemudahan Pemfaktoran Islam (Pra-Jualan) dan Kemudahan Pemfaktoran Islam.

Adakah saya perlu menyediakan cagaran?

Suatu Jaminan Bersama dan Beberapa adalah diperlukan. Sebarang cagaran yang ditawarkan akan menjadi kelebihan dalam membantu permohonan untuk kemudahan pemfaktoran anda.

Permohonan Kemudahan

Apakah dokumen-dokumen yang saya perlu sediakan untuk memohon?

  • Salinan Memorandum dan Artikel Penubuhan (untuk syarikat terhad), atau Sijil Pendaftaran Perniagaan (untuk milikan tunggal/perkongsian) yang disahkan.
  • Profil syarikat berserta lampiran resume pengarah-pengarah syarikat dan kakitangan Pengurusan.
  • Salinan kad pengenalan (depan dan belakang) pengarah dan pemegang saham syarikat.
  • Salinan asal kontrak/pesanan pembelian/invois.
  • Salinan sebut harga atau proforma invois dan katalog yang berkaitan bagi produk dalam kontrak (jika berkenaan).
  • Akaun yang telah diaudit untuk tempoh tiga tahun terakhir.
  • Penyata akaun bank bagi tempoh dua belas bulan terakhir.
  • Salinan Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia (jika berkenaan).
  • Salinan kemudahan bank terkini dan sedia ada (seperti overdraf, pinjaman bulanan, surat tawaran jaminan bank, dll).

Bila kami boleh faktorkan invois-invois tersebut?

Anda boleh memfaktorkan invois tersebut berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  • Setelah kerja siap atau siap mengikut progress
  • Barang-barang telah dibekalkan dan diterima
  • Invois mengikut progres / pencapaian yang ditetapkan
  • Jumlah yang dituntut telah diterima dan dipersetujui oleh pemberi kontrak
  • Semua syarat-syarat lain telah dipenuhi

Apa akan berlaku setelah saya menerima dana?

Setelah anda menerima dana tersebut, anda boleh menggunakan wang mengikut keperluan untuk membantu operasi perniagaan anda. Pelanggan anda akan membuat pembayaran penuh pada tarikh matang sama ada secara langsung kepada Maax Factor atau kepada akaun bank yang telah ditetapkan.

Pengeluaran Dana

Apa akan berlaku setelah saya menerima dana?

Setelah anda menerima dana tersebut, anda boleh menggunakan wang mengikut keperluan untuk membantu operasi perniagaan anda. Pelanggan anda akan membuat pembayaran penuh pada tarikh matang sama ada secara langsung kepada Maax Factor atau kepada akaun bank yang telah ditetapkan.

Seberapa cepat kami boleh mendapatkan dana?

Sebaik sahaja proses penerimaan surat tawaran, dokumentasi perundangan selesai, pembayaran boleh dibuat ke akaun bank anda dalam tempoh 3 hari dari tarikh penghantaran dokumen yang lengkap.

Apakah jenis caj yang perlu saya bayar?

Berikut adalah caj-caj yang dikenakan:

  1. Caj Pemfaktoran berdasarkan nilai invois; dan
  2. Kadar Diskaun berdasarkan jumlah pengeluaran yang dihitung secara harian.

Pembekal-pembekal ePerolehan

Siapa yang boleh memohon untuk perkhidmatan ini?

Pembekal, penjual atau vendor yang berdaftar di sistem ePerolehan boleh memohon untuk perkhidmatan ini. Anda juga hendaklah merupakan syarikat/perniagaan yang berdaftar di SSM dengan pemegang saham majoriti yang terdiri daripada rakyat Malaysia.

Bagaimanakah prosesnya?

Setelah memberikan invois kepada pelanggan anda, anda dikehendaki untuk memuatnaik Surat Pemberitahuan ke dalam sistem ePerolehan untuk memaklumkan bahawa kontrak tersebut telah difaktor. Kemudian Maax Factor akan melakukan pengesahan dan membuat pembayaran dana ke akaun bank anda.

Bolehkan saya memohon perkhidmatan ini sekiranya saya adalah pembekal atau penjual baru di sistem ePerolehan?

Ya, sekiranya anda memenuhi kriteria kelayakan, anda boleh memohon untuk perkhidmatan ini walaupun anda merupakan pembekal atau penjual baru di sistem ePerolehan.

Apakah tempoh kelayakan bagi invois yang saya mahu biayai melalui perkhidmatan ini?

Anda boleh menyerahkan invois yang tidak melebihi 30 hari.